Seri Pelangi Guest House merupakan anak syarikat Hotel Seri Pelangi Sdn. Bhd. yang beralamat di No 40G, Jalan PM3, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, Melaka. Seri Pelangi Guest House menawarkan bilik yang berbagai kapasiti iaitu untuk dua orang, tiga orang, lima orang dan enam orang. Kesemua bilik adalah berada di level bawah sahaja.Selain itu,Seri Pelangi Guest House menawarkan apartmen tiga bilik berpandangan laut yang lengkap dengan dapur dan peralatan memasak. Jarak dari Seri Pelangi Guest House ke Hotel Seri Pelangi hanya 150 meter sahaja atau hanya 5 minit berjalan kaki.
Suasana kaunter lobi hotel yang mesra pelanggan sedia menerima tetamu Seri Pelangi Guest House.